Dasar Kualiti

Syarikat mestilah komited dalam menjayakan pembinaan yang berkualiti dengan memenuhi kehendak ISO 9001:2008 dan kepuasan pelanggan berasaskan kerja-kerja yang professional serta sentiasa memastikan penambahbaikan ke atas system pengurusan kualiti. Penambahbaikan perlu dijalankan dari masa ke masa bagi menyediakan dan menyemak semula objektif kualiti.

Objektif Kualiti

Bahagian pengurusan projek
1.    Mencapai sasaran 0% aduan dari pelanggan
2.    Mengambil tindakan susulan berkaitan aduan pelanggan dalam tempoh satu hari
3.    Mengurangkan kos pembaziran bahan mentah sebanyak 5%
4.    Memastikan keuntungan melebihi 10% 
5.    Kualiti pembinaan di bawah 5% kecacatan
6.    Kelewatan pembinaan adalah 0%
7.    Kecederaan ditapak bina adalah 0%
8.    Memastikan 100% pembinaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak

Bahagian Pengurusan

1.    Memastikan pembekal mencapai sasaran 70% prestasi yang diingini syarikat
2.    Memastikan setia anggota organisasi menghadiri latihan intensif sekurang-kurangnya sekali setahun.